Sultan Selangor bertitah, pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak dan pengkhianat kepada rakyat dan negara.
Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, pemimpin yang khianat, menipu dan salah guna kuasa untuk mengumpul kekayaan diri, pasti akan dibenci rakyat dan dikutuk Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.